Wednesday, August 5, 2009

Mini Olimpik 2009

Lima orang atlet SMK Datuk Peter Mojuntin telah dipilih oleh MSSN untuk menyertai Mini Olimpik Terbuka 2009 yang telah berlangsung pada 31 Julai - 8 Ogos di Stadium Bukit Jalil. Atlet yang terlibat ialah Cynthia A/K Manghing, Agnes Lecsoin, Mohd Auf Afifbukhari Mohd. Farhan, Muhd. Faizal Tambrin dan Graziella Marie.

Antara pencapaian mereka ialah :
1. Cynthia A/K Manghing
100m - Tempat Keempat
100m - Tempat Ketiga











2. Agnes Lecsoin
100m Berpagar - Tempat Keempat




















3. Mohd Auf Afifbukhari Mohd Farhan
800m - Tempat Kesembilan

Sunday, June 7, 2009

Keputusan Sukan Sabah 2009 (Sabah Games - SAGA)

Tarikh : 6 - 10 Jun 2009
Tempat : Stadium Kompleks Sukan Sandakan

Cynthia AK Manghing
100m - Emas (Rekod Baru)
200m - Emas (Rekod Baru)
4 x 100m - Emas (Rekod Baru)

Muhd Auf Afibukhari Mohd Farhan
800m - Perak
1500m - Emas (Rekod Baru)
4 x 400m - Perak

Agnes Lecsoin
Lompat Tinggi - Gangsa
100m Berpagar - Emas
4 x 100m - Emas (Rekod Baru)

Jesyline Steven
100m - keempat
200m - Perak
4 x 100m - Emas (Rekod Baru)

Graziella Maria Benedict Bungkilan
100m - Gangsa

Mohd Faizal Tamrin
Lompat Tinggi - Emas (Rekod Baru)

Tuesday, May 26, 2009

MSSM Peringkat Kebangsaan 2009

Kontinjen atlet Sekolah Sukan Negeri telah mewakili Sabah dalam Majlis Sukan Sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 20 - 23 Mei 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Antara kejayaan yang telah diraih oleh atlet Sekolah Sukan Negeri Sabah ialah :

Cynthia A/K Manghing
Acara :
1. 100m - Pingat Gangsa
2. 200m - Pingat Perak
3. 4x100m - Pingat Perak

Agnes Lecsoin
Acara :
1. 100 m Lari/Berpagar - Pingat Gangsa
2. 4x100m - Pingat Perak

Mohd Faizal
Acara :
1. Lompat Tinggi - Pingat Perak

Graziella Maria Benedict Bungkilan
1. 1x100m - Pingat Perak

Thursday, May 14, 2009

Kem Kemenjadian Atlet

Kem Kemenjadian Atlet anjuran Sekolah Sukan Negeri, SMKDPM telah diadakan pada 8-10 Mei 2009 di Lagoon Park, Karambunai. Para peserta terdiri daripada semua atlet Sekolah Sukan Negeri dan para Jurulatihnya.



















Monday, May 11, 2009

ISN Sports Intelligence For High Performance Athlets Workshop (KPM/ISN)

Bengkel ini telah diadakan pada 11-12 Mei 2009 di Perpustakaan Sekolah. Bengkel telah bermula pada 12 tenghari hingga 4.30 petang pada 11/5/2009 dan pada 12/5/2009, bengkel bermula pada jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Bengkel ini dihadiri oleh pelajar Sekolah Sukan Tingkatan 1B, 2B dan 4C, dan semua jurulatih.









Monday, April 20, 2009

Adik Beradik Cheong Rangkul Pingat Emas

Pasangan adik beradik, Cheong Khung Tze dan Cheong Sing Yueh muncul sebagai juara dalam Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan Zon Sabah-Sarawak yang telah berlangsung pada 17-19 April 2009 di Kota Kinabalu.

Cheong Khung Tze memenangi emas bagi kategori Individu Lelaki Bawah 18 tahun setelah mengalahkan Ting Sing Kiat 21-12, 21-11. Manakala Cheong Sing Yueh pula merangkul emas bagi kategori Individu Perempuan Bawah 14 tahun apabila menumpaskan Donnetta Moisol, 21-16,21-7.

Cheong Sing Yueh juga meraih emas dalam acara beregu bersama pasangannya Teh Xiao Xuan mematahkan pertahanan Lydia Habirin Lapongan-Sabrina Simon, 21-12, 21-18.

Para pemain ini akan mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Negeri Sembilan pada 10-14 June ini.





Saturday, April 11, 2009

Pameran Sekolah Sukan Negeri

Sekolah Sukan Negeri Sabah telah terlibat dalam pameran dibawah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia di Karnival Pembestarian Sekolah yang sedang berlangsung di SMK Agama Sandakan. Pameran bermula dari 10 April 2009 hingga 12 April 2009. Tujuan pameran ialah untuk menunjukkan bagaiman ICT digunakan dalam Sukan dan secara tidak langsung menyampaikan maklumat mengenai Sekolah Sukan, Sekolah Seni dan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum(BSSK) itu sendiri kepada orang ramai.

HARI PERTAMA (10 April 2009 - Jumaat)


















Dua orang guru SMK Datuk Peter Mojuntin yang bertugas mewakili Sekolah Sukan Negeri, Cikgu Suriyati dan Cikgu Sabaria sibuk melayan pengunjung.















Kiri : Menandatangani buku pelawat BSSK
Kanan : En. Norhanim Mohd Akhir dan En. Zulkafli Abu Hassan, Penolong Pengarah dari Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, KPM bersungguh-sungguh melayan para pelajar.















Kiri : Tandatangan dulu baru dapat cenderahati dari BSSK ye..
Kanan : Banner dari Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil















Kiri : En Shah Anwar Hamzah (BSSK) dan En. Ali Zakaria, Ketua Unit ICT PPD Sandakan. Encik Ali telah bermurah hati untuk meminjamkan kami LCD untuk tayangan multimedia Sekolah Sukan Negeri. Terimakasih...

Kanan : Bersama En. Masri dari Sektor Pembangunan Kemanusiaan, JPN.


HARI KEDUA (11 April 2009 - Sabtu)















Perasmi Karnival, Ybh Datuk Haji Kamaruzaman Bin Haji Mohd Nor, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KPM melawat tapak pameran kami (BSSK) dan menandatangani buku pelawat.












































Hari Ketiga (12 April 2009 - Ahad)
















Kiri : Siapa dapat jawab kuiz ada hadiah ! Namakan dua Sekolah Sukan Malaysia.
Kanan : Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor















Kiri : Soalan Seterusnya....Dimanakah dua Sekolah Seni Malaysia ?
Kanan : Cikgu tak payah jawab..ini hadiahnya tapi ambil gambar dulu..















Kiri : Bersama penari kebudayaan dan pegawai BTP, Kota Kinabalu
Kanan : Di hadapan ruang pameran kami..




















Kami sudah hafal semua sekolah sukan, sekolah seni, syarat-syaratnya... Bila kami dapat hadiah ?